episod 1

"Stop looking back,let's make some haste,cause I ain't stopping here right now! What are we doing now? Is this the right thing to do? Waste no timeeeeeee!!" Adam screamo dengan penuh perasaan dan terbaring di lantai studio.Rakannya terus berhenti bermain alat muzik kerna hairan dengan sikap Adam. "kau ni terbaring kenapa? overdose ke?" "overdose menatang apa,penat bodoh! tapi memang awesome lah kita jam hari ni,dapat jugak aku scream lagu The Padangs ni." Adam terus bangun dari lantai dan mengajak rakannya keluar dari studio."Mana plan adam lepas ni? payung gua heineken boleh? hehe" "Malas lah,aku nak balik rumah.Penat! kau pon tahu kan lepas habis je kelas aku terus datang sini" Adam terus pergi ke keretanya tanpa memikirkan perasaan rakannya.

Sampai saja di rumah,Adam lihat ibunya duduk di ruang tamu sambil merenung tepat ke wajahnya. "orang tua ni tak tidur lagi rupanya" ibunya meninggikan suara "Adam pergi mana? mama tunggu dari pukul 9 tadi lagi! lewat malam baru nak balik?!" "Mama,Adam nak pergi mana pon mama tak payah tahu,adam dah besar ok!"."Pandai menjawab kau yer! ni mesti pergi clubbing,enjoy sana sini,kau tak ingat pahala dosa ke?!".Adam tersenyum sambil menjawab "Mama nak cakap pasal pahala dosa dengan Adam? Come on lah,mama cermin muka mama dulu! iman tak cukup nak cakap pahala dosa." "Kau jangan nak melampau yer Adam,mama tak ajar pon kau macam tu. kalau Arwah papa ada,mesti dia kecewa dengan kau ni." "Sudah la mama,mama tak payah nak cakap pasal arwah papa. macam lah adam pernah jumpa dia, adam lahir je dia dah takde.tapi kalau mama nak tahu,daddy pernah ajar adam buat benda tak senonoh! haha. dia ajar adam pergi club,minum,perempuan sana sini! entah-entah sekarang ni dia kat paris tu tengah sedap dengan perempuan sana. haha,sudahlah mama,adam naik atas dulu." Ibunya terdiam seketika dan membiarkan Adam naik ke biliknya."tak guna punya adam."

Keesokan harinya,adam bersiap untuk ke kolej seperti biasa.keluar saja dari bilik,dia terus ke dapur untuk sarapan.dia hairan kerana ibunya tidak menyediakan sarapan pagi seperti biasa.hanya duit 50 sekeping diletakkan di atas meja"50 je ke? orang tua ni merajuk dengan aku la tu..lantak hang lah!" adam terus keluar dari rumah dan menuju ke kereta nya. dia memandu dengan laju kerana dia sedar yang dia sudah lewat untuk ke kelas."kimaks la,lapar lah pulak!dah lah lambat ni. kena breakfast jugak aku ni,nanti mengantuk plak dalam kelas." adam bercakap seorang diri.sampai saja di simpang keluar ke jalan besar,dia ternampak satu gerai di seberang jalan. "beli jela breakfast kat gerai tu dulu." dia terus menuju ke gerai itu untuk mengisi perut. "pakcik,kuih ni brape?" "3 singgit dik." "mak aih! mahal gila babi. pakcik ni nak untung lebih je,kuih dah la kecik nak mampus!" dia terus masuk ke dalam kereta dengan perasaan marah. "babi betul pakcik tu,ingat aku bodoh kemaruk sangat nak makan kuih dia." tanpa berlengah,dia terus menuju ke kolej.

Selepas habis kelas,dia mengajak rakan sekelasnya,daniel pergi ke cafe untuk makan tengah hari. sampai saja di cafe,mereka terus mengambil nasi dan lauk yang di hidang di atas meja.sedang asyik makan,daniel menegur adam."adam,kau tengok awek tu. body ketuk sial. dapat tu memang sedap..kau gi lah try usha." adam terus mencari perempuan yang di maksudkan daniel. "oh,perempuan tu.nantilah,aku nak makan ni,lapar gila ni."daniel mencelah,"kalau kau dapat dia,jangan lupa aku ok! dapat satu malam pon jadi lah." adam terus gelak mendengar kata-kata daniel itu. selepas makan,adam mencari blackberry nya di dalam beg. dia hairan kerana handphone nya tiada di dalam beg. "eh! mana bb aku doe!" "kau letak mana? dalam beg tu takde ke?" "takde! puas dah aku cari ni.." sambil tangannya teraba-raba di dalam beg."ala,hilang lah tu..tercicir ke. rileks lah adam,stakat bb tu kau boleh beli lain kot." "masalahnya nombor dalam sim tu. aduhh,hilang dah ni!" adam termenung seketika. dia terus bangun dari tempat duduk." kau nak pergi mana adam?" "aku nak balik rumah la,cari kat rumah,mana tahu tertinggal ke." adam terus pergi meninggalkan daniel seorang diri. daniel hanya mampu tersenyum melihat telatah adam. "dapat dah bb sebijik. bodoh jugak kau ni adam."