Episod 5

Ika mencelikkan matanya saja, satu sumber cahaya yang terang terus menerobos masuk ke kornea matanya. Ia menyilaukan dan anak matanya yang mengembang besar tadi berubah menjadi kecil untuk mengawal semula cahaya yang masuk ke matanya. Kelihatan langsir biliknya disingkap luas.

Adam sedang mengemas barang-barangnya. Dikutip satu persatu, dan dilonggokkan di sebelah beg sandangnya. Kemudian, Adam menyumbat segala macam barang yang sudah dilonggokkan tadi itu ke dalam beg.

"Awak... awak nak gi mana kemas-kemas ni?" tanya Ika sambil menggosok-gosokkan matanya dan menguap.
"Saya kena balik rumah. Lama lak tak balik."

Adam masih mengemas begnya. Matanya melilau mencari jika ada barang yang tertinggal. Mungkin baju t-shirt. Mungkin boxer. Mungkin juga baki kondom lebihan malam tadi. Tak ada. Semua sudah siap.

"Apa-apa hal nanti kalau saya nak datang sini, saya call eh."

Adam mencium pipi Ika. Nak cium mulut kang melekat taik gigi dia pulak. 'Tak nak aku. Busuk!' Adam terus keluar dari rumah sewa Ika. Next stop, rumah sendiri. 'Haih, nak mengadap ibu. Harap-harap mood ibu okay la.' Adam rindukan ibu. Maksud Adam, dia rindukan duit ibu.

*****

Tepat jam 3.00 petang, Adam tiba di depan pintu pagar rumahnya. Adam memakir keretanya di seberang jalan di hadapan rumahnya. Kelihatan ada kereta lain di dalam perkarangan rumah. 'Jantan hari tu tak reti balik ke apa?' Adam malas ambil peduli. Dia terus berjalan masuk ke dalam rumah.

Adam membuka pintu rumah. Sunyi. Mungkin ibu dan jantannya ada di tingkat atas sedang menonton TV. Adam terus ke dapur. Buka peti ais. Ambil setin air Pepsi. Adam berjalan dan menaiki tangga. Telinga Adam mendengar bunyi audio dari TV. Namun, telinganya dapat menangkap satu bunyi halus. Bunyinya sama seperti bunyi malam tadi ketika Adam bertarung dengan Ika. Semakin Adam mendekati sofa yang dibentangkan di depan TV, bunyi itu semakin kuat.

"Yo der... bilik punya banyak dalam rumah ni. Kat sini jugak kau kokak ibu aku eh?"

Pasangan itu kelihatan kalut. Takut JAIS lettew~

"Sial punya budak! Kau tak nampak aku tengah sedap tadi. Tengok! Dah kecut..."
"Kau ni Dam! Lama tak balik sini. Apesal kau balik? Duit habis?" Sergah ibu Adam. Potong stim dia tadi terus nak melenting pulak.
"Saja, rindu duit ibu. Ni jantan mana pulak ibu main ni? Buat collection ke apa?" Adam tersenyum macam kerang busuk.

Mata Adam memandang pada aset lelaki tersebut. 'Alahai... macam saiz aku time aku darjah 4 dulu je?' Adam masuk ke dalam sarangnya semula. Buka saja pintu bilik, bau hapak menerpa. Masih seperti dulu. Cuma ada sedikit habuk kerana sudah lama tak dikemas. Masuk saja bilik, Adam terus menghempaskan pintu biliknya.

"Dam! Kau bukak pintu, Dam! Penat aku halau kau minggu lepas. Kau slumber derk je balik hari ni! Kau bukak pintu ni!!" Pintu diketuk kuat dari luar. Kedengaran ibu Adam seperti perempuan meroyan.
"Dah la you. Budak tu bukannya kacau kita pun."
"You tak nampak tadi dia kacau kita buat projek? Pastu Adam ni kalau balik rumah mesti ada masalah punya! Duit, duit duit! Itu jela yang dia nak!"
"You ni... takpe biar I yang cakap dengan dia."
"Huh, suka hati la! Budak syaitan tu mana nak dengar cakap orang!"

Bunyi tapak kaki dihentak kuat berlalu pergi. Tombol diputar. Pintu dikuak. Lelaki itu masuk dan duduk di kerusi berdekatan dengan meja yang dipenuhi dengan pelbagai CD dan buku komik.

"Apehal kau masuk dalam bilik aku ni?"
"Aku dengan ibu kau nak fly pergi oversea. Esok pagi."
Diam.
"Ibu kau pernah cerita yang kau ni selalu mintak dia duit kalau balik rumah ni."
Adam memandang lelaki itu.
"Kau nak duit?"
Masih memandang.
"Seminggu kitorang kat oversea, aku hulur kau RM5k. Cukup?"
Masih lagi memandang.
"Malam kang, aku hulur kau RM5k tu. Cash. Tak cukup, bagitau. Yang penting, kau diam." 
Adam mengalihkan anak matanya ke arah gitar kapuknya. Dicapai dan diletakkan di posisi sedia untuk bermain gitar. Lelaki tersebut berdiri dan terus berjalan keluar dari bilik Adam.
"Thanks." Ucap Adam tanpa memandang lelaki itu. Jari tangan kiri Adam sudah sedia pada kord A di fret gitar. Dia terus memetik tali gitar mengalunkan muzik entah apa-apa.

***** 

Pagi itu, Adam ditinggalkan seorang diri. Seminggu lamanya akan berseorangan di rumah dan duit RM5k sudah pun berada dalam tangannya. Dia peluk sampul surat yang mengandungi duit RM5k itu sekuat-kuatnya ketika tidur malam tadi.

Lima ribu ringgit. Apa yang boleh dibelanjakan dengan duit sebanyak itu? Macam-macam perkara kotor masuk dalam otak yang dah sememangnya kotor ni.

Jamming. Lepak. Makan. Perempuan? Hmmm.. dadah? 'Ya!'

Episod 4

'Kau akan menyesal one day! Hidup kau takkan aman dengan lelaki ni dan papa takkan maafkan kau!'


Dialog terakhir antara Adam dengan ibunya tadi dok terngiang-ngiang je ni. Macam pemain kaset yang di-rewind lepas tu dimainkan semula. Aarghh! 'Pedulikan jela diorang tu!' Sebelum pulang ke rumah Daniel, Adam drive tanpa halatuju. Belok kanan, belok kiri, pusing roundabout. Kasi tenangkan fikiran la kononnya. Makin serabut ada la! 


Dah pusing-pusing ni, lapar pulak perut ni. Sebelum masuk simpang ke rumah Daniel, Adam ternampak gerai burger kat tepi simpang tu. 'Makan burger seround pun sodap ni.'  


***** 


Tengah dok kat cafe, minum makan lepak. Lalu beberapa sekumpulan makhluk ni dan salah sorangnya, ada gadis ini yang sambil menyandang beg gitarnya dan beberapa buku di tangan dan beg silang di bahu. 


"Tu.. tu.." Daniel menjuihkan bibirnya ke arah gadis tu. 
"Aku nampak.. belum buta lagi la." Kata Adam sambil meneguk air tin Coke. Bajet ego la. 
"Bawak gitar der. Ko tak nak tunjuk skill ko?" Daniel gelak mengekek. 


Adam memandang atas bawah fizikal gadis tersebut. 'Lawa...', getus hati Adam. Dan pandangan Adam terus terpateri pada aset 36B itu. 


Sedang leka melihat keindahan ciptaan Tuhan itu, rakan-rakan gadis itu meninggalkan gadis tersebut di situ. Sedangkan gadis itu hanya tersenyum sambil membelek gitarnya. 'Hah! Jalan masuk...'. Dan gadis itu terus duduk di situ. Tengok pada jari-jarinya yang halus itu, mungkin dia baru mengenali kord-kord gitar. Gitarnya yang masih berkilat dan talinya yang masih tiada kesan karat itu juga mengesahkannya. 'Meh sini Abang Adam ajarkan ye..' 


"Woi, ko nak pergi mana tu Dam?" Adam terus berjalan ke arah gadis tersebut. "Ooo.. nak try marka baru nooo." Daniel sambung gelak mengekek-ngekeknya bersama teman yang lain di meja yang sama. 


Kelihatan Adam sedang menyapa gadis tersebut. Senyuman gadis tersebut, masya-Allah, banyak lawa lah! Dengan gigi taringnya yang berlapis. Kena gigit sedap tu. Mereka bersembang-sembang. Dan dari jauh, Daniel hanya menyambung gelaknya yang mengekek-ngekek bersama teman-teman yang lain. 


***** 


Seminggu berlalu, dan selama seminggu itu jugalah Adam menjadi 'cikgu gitar' dan cikgu kepada subjek-subjek yang lain kepada Siti Zulaikha atau Ika. Nama sedap, muka cantik, body lawa, otak pandai. Ika ni jenis cepat catch-up apa yang diajar. Sekarang dah tak payah lagi mengajar kord-kord gitar kepada Ika kerana dia sudah pun mampu memainkan lagu-lagu yang sering dimainkan oleh anak muda kini seperti Yuna, atau mungkin lagu Kau Ilhamku yang nyanyikan oleh Man Bai. Tak lupa juga lagu-lagu kugiran The Padangs dan Oh Chentaku. Ini lagu wajib! 


Ika hanya duduk bertiga dengan dua rakannya yang lain. Namun rakan serumahnya itu kerap tiada di rumah. Menurut Ika, mereka ada buat study-group dengan boyfriend mereka. 'Study-group la sangat kan.. takpe, Ika pun buat study-group dengan aku jugak. Dah penat main gitar tu, aku boleh main gitar lain pulak.' 


Bila dah leka dengan Ika dan gitar ni, Adam semakin lupa dengan keadaan rumah. Apa khabar ibu? 'Aku pun tak tahu.' Yang Adam tahu, dia seronok menemui cintanya. Dan cintanya kini dalam dakapannya. Bersama minat yang sama, Adam yakin mereka akan menjadi pasangan yang secocok. Bayangkan si gadis bermain gitar dan boyfriendnya pula di posisi vokal. Pergh.. mesti gempak satu studio time jamming nanti. Dapat naik stage sure lagi gempak! 


Dan sedang angan-angan itu dimainkan dalam fikiran Adam, secara perlahannya, ia mendodoi Adam. Mereka hanyut dalam mimpi masing-masing setelah penat bekerja keras di atas katil selepas puas melalak bersama.