Episod 5

Ika mencelikkan matanya saja, satu sumber cahaya yang terang terus menerobos masuk ke kornea matanya. Ia menyilaukan dan anak matanya yang mengembang besar tadi berubah menjadi kecil untuk mengawal semula cahaya yang masuk ke matanya. Kelihatan langsir biliknya disingkap luas.

Adam sedang mengemas barang-barangnya. Dikutip satu persatu, dan dilonggokkan di sebelah beg sandangnya. Kemudian, Adam menyumbat segala macam barang yang sudah dilonggokkan tadi itu ke dalam beg.

"Awak... awak nak gi mana kemas-kemas ni?" tanya Ika sambil menggosok-gosokkan matanya dan menguap.
"Saya kena balik rumah. Lama lak tak balik."

Adam masih mengemas begnya. Matanya melilau mencari jika ada barang yang tertinggal. Mungkin baju t-shirt. Mungkin boxer. Mungkin juga baki kondom lebihan malam tadi. Tak ada. Semua sudah siap.

"Apa-apa hal nanti kalau saya nak datang sini, saya call eh."

Adam mencium pipi Ika. Nak cium mulut kang melekat taik gigi dia pulak. 'Tak nak aku. Busuk!' Adam terus keluar dari rumah sewa Ika. Next stop, rumah sendiri. 'Haih, nak mengadap ibu. Harap-harap mood ibu okay la.' Adam rindukan ibu. Maksud Adam, dia rindukan duit ibu.

*****

Tepat jam 3.00 petang, Adam tiba di depan pintu pagar rumahnya. Adam memakir keretanya di seberang jalan di hadapan rumahnya. Kelihatan ada kereta lain di dalam perkarangan rumah. 'Jantan hari tu tak reti balik ke apa?' Adam malas ambil peduli. Dia terus berjalan masuk ke dalam rumah.

Adam membuka pintu rumah. Sunyi. Mungkin ibu dan jantannya ada di tingkat atas sedang menonton TV. Adam terus ke dapur. Buka peti ais. Ambil setin air Pepsi. Adam berjalan dan menaiki tangga. Telinga Adam mendengar bunyi audio dari TV. Namun, telinganya dapat menangkap satu bunyi halus. Bunyinya sama seperti bunyi malam tadi ketika Adam bertarung dengan Ika. Semakin Adam mendekati sofa yang dibentangkan di depan TV, bunyi itu semakin kuat.

"Yo der... bilik punya banyak dalam rumah ni. Kat sini jugak kau kokak ibu aku eh?"

Pasangan itu kelihatan kalut. Takut JAIS lettew~

"Sial punya budak! Kau tak nampak aku tengah sedap tadi. Tengok! Dah kecut..."
"Kau ni Dam! Lama tak balik sini. Apesal kau balik? Duit habis?" Sergah ibu Adam. Potong stim dia tadi terus nak melenting pulak.
"Saja, rindu duit ibu. Ni jantan mana pulak ibu main ni? Buat collection ke apa?" Adam tersenyum macam kerang busuk.

Mata Adam memandang pada aset lelaki tersebut. 'Alahai... macam saiz aku time aku darjah 4 dulu je?' Adam masuk ke dalam sarangnya semula. Buka saja pintu bilik, bau hapak menerpa. Masih seperti dulu. Cuma ada sedikit habuk kerana sudah lama tak dikemas. Masuk saja bilik, Adam terus menghempaskan pintu biliknya.

"Dam! Kau bukak pintu, Dam! Penat aku halau kau minggu lepas. Kau slumber derk je balik hari ni! Kau bukak pintu ni!!" Pintu diketuk kuat dari luar. Kedengaran ibu Adam seperti perempuan meroyan.
"Dah la you. Budak tu bukannya kacau kita pun."
"You tak nampak tadi dia kacau kita buat projek? Pastu Adam ni kalau balik rumah mesti ada masalah punya! Duit, duit duit! Itu jela yang dia nak!"
"You ni... takpe biar I yang cakap dengan dia."
"Huh, suka hati la! Budak syaitan tu mana nak dengar cakap orang!"

Bunyi tapak kaki dihentak kuat berlalu pergi. Tombol diputar. Pintu dikuak. Lelaki itu masuk dan duduk di kerusi berdekatan dengan meja yang dipenuhi dengan pelbagai CD dan buku komik.

"Apehal kau masuk dalam bilik aku ni?"
"Aku dengan ibu kau nak fly pergi oversea. Esok pagi."
Diam.
"Ibu kau pernah cerita yang kau ni selalu mintak dia duit kalau balik rumah ni."
Adam memandang lelaki itu.
"Kau nak duit?"
Masih memandang.
"Seminggu kitorang kat oversea, aku hulur kau RM5k. Cukup?"
Masih lagi memandang.
"Malam kang, aku hulur kau RM5k tu. Cash. Tak cukup, bagitau. Yang penting, kau diam." 
Adam mengalihkan anak matanya ke arah gitar kapuknya. Dicapai dan diletakkan di posisi sedia untuk bermain gitar. Lelaki tersebut berdiri dan terus berjalan keluar dari bilik Adam.
"Thanks." Ucap Adam tanpa memandang lelaki itu. Jari tangan kiri Adam sudah sedia pada kord A di fret gitar. Dia terus memetik tali gitar mengalunkan muzik entah apa-apa.

***** 

Pagi itu, Adam ditinggalkan seorang diri. Seminggu lamanya akan berseorangan di rumah dan duit RM5k sudah pun berada dalam tangannya. Dia peluk sampul surat yang mengandungi duit RM5k itu sekuat-kuatnya ketika tidur malam tadi.

Lima ribu ringgit. Apa yang boleh dibelanjakan dengan duit sebanyak itu? Macam-macam perkara kotor masuk dalam otak yang dah sememangnya kotor ni.

Jamming. Lepak. Makan. Perempuan? Hmmm.. dadah? 'Ya!'

No comments:

Post a Comment