Episod 12

Seminggu.

Dah nak seminggu dia hidup merempat. Tidur, mandi dan rehat tak tentu tempat.

Adam terduduk di bangku bus-stand. Beg berisi pakaiannya dicampakkan di sebelahnya. Penat dia mengusung beg itu ke sana ke mari untuk mencari tempat berlindung. Mentari terik membuatkan bengangnya makin menjadi. Bengang dengan apa yang berlaku semenjak dia keluar dari rumahnya yang bakal dilelong bulan depan yang cuma berbaki beberapa hari saja lagi.

Nak harapkan kawan-kawan yang kononnya 'brotherhood' sangat tu, jangan haraplah. Dah susah macam nimana diorang nak pandang lagi.

Nak minta duit dari Ika, nanti dia pun nak minta duit dari aku. Nak bagi apa? Apa yang dapat nanti? Maki.

Nak minta tolong dari Ibu, dah terlambat.

Adam menekup wajahnya yang mula tumbuh kumis dan sedikit berminyak itu dengan tangan. Mata dipejam rapat.

Dalam bias-bias cahaya dalam gelap pejam matanya itu, Adam dapat melihat semua perkara yang telah dia lakukan sepanjang hidupnya. Satu persatu dia mengimbas kembali.

Ya Allah...

Dah lama Adam tidak mengungkap nama agung itu. Nama Tuhan yang satu. Airmatanya mengalir perlahan dari celahan jari dan mengalir ke pipi dan kemudian jatuh ke atas lantai simen sebelum disejat dengan bahang tengahari.

"Nak...?" tegur seorang lelaki tua.

Adam menegakkan badannya melihat empunya suara. Tangannya pantas mengesat airmatanya yang lencun di mukanya yang berminyak itu. Kelihatan seorang lelaki tua. Pakcik itu menjual kuihdi hujung simpang jalan berdekatan rumahnya dulu.

"Er... ya?" Suara Adam kedengaran serak basah. Jelas sekali dia sedang bersedih ketika itu.

"Anak ni kenapa?"

Adam membisu. Matanya terkebil-kebil memandang lelaki tua itu. Dia mengira-ngira, mungkin lelaki itu seusia dengan Ibu. Atau mungkin tua takat empat-lima tahun dari Ibu.

"Pakcik tengok anak ni tidur kat surau dua-tiga hari ni. Kenapa tak balik rumah?" tanya lelaki itu lagi.

"Uhh... saya..." Adam kehilangan kata.

Dia sebenarnya segan dengan dirinya sendiri. Dia pernah mencaci pakcik tua itu. Dia pernah membuat kacau di gerai pakcik itu.

"Sudah la. Meh, ikut pakcik balik ke rumah pakcik."

Lelaki tua itu terus melangkah pergi. Kemudian, dia berhenti dan menoleh.

"Meh la. Anak ni nak kena mandi bersih-bersih, lepas tu boleh la kita makan sama." Lelaki itu mengukir senyum manis.

Niatnya baik, untuk menolong Adam yang dalam kesusahan. Dia harap, Adam terbuka pintu hatinya untuk ikut dia pulang ke rumah bersama. Ada sesuatu yang perlu diberitahu pada Adam. Sesuatu yang telah lama dia pendam. Sesuatu yang penting...

Episod 11

Surat yang baru diambil dari peti itu dikoyak tepi. Isi dalamnya dibuka baca.

"Notis pemberitahuan... eh, biar betul? Rumah ini akan dilelong bermula bulan depan?" 

Adam merenyukkan surat notis tersebut. "Shit!" Dan surat itu dicampakkan saja ke atas rumput laman rumah.

*** 

Ika menghampiri Adam yang sedang menonton TV di ruang tamu. Punggung dilabuhkan di sebelah Adam dan kepala sengaja dilentokkan di bahu lelaki itu. Tangannya yang lembut itu sengaja meraba dada bidang milik Adam.

"Sayang..."

"Hmm?"

"Saya nak duit sikit... boleh?"

Adam menoleh pada Ika. "Kan saya baru bagi semalam... dah habis?" 

"Ala... yang tu untuk mekap baru. Yang ni untuk beli... handbag baru." Ika melemparkan senyum manis.

Adam mengeluh. "Awak ni... jangan la bazir duit beli benda yang dah ada. Kita ni bukan ada duit banyak pun." 

"Lepas ibu awak mati kan awak dapat duit dia yang berkepuk-kepuk tu. Takkan dah habis kot?"

Adam mengetap rahangnya. "Kau cakap elok-elok sikit boleh? Arwah ibu aku tinggalkan duit berkepuk-kepuk tu bukan untuk kau sorang je, faham?" 

Adam mulai menukar intonasi suaranya, membuatkan Ika diam tak terkutik. Dadanya berombak kasar. Misinya untuk mendapatkan wang untuk bersuka-ria dengan lelaki yang baru dikenalinya Fesbuk sejak minggu lepas itu gagal.

Ika menegakkan badannya. Tangan disilang ke dada. Mulutnya muncung sedepa.

"Awak sengaja tak nak bagi, kan? Dah tak sayang kat saya kot," tuduh Ika.

Adam pantas mencekak leher Ika. "Kau dengar sini, perempuan! Aku yang tak sayang kau atau kau yang tak sayang aku lagi? Cakap!" 

Diam.

"Kau ingat aku tak tau niat kau mintak duit hari-hari untuk apa? Time aku tido, kau ingat aku tak tau kau curi duit aku?"

Ika mereguk liur.

"Duit rumah yang aku bagi kat kau, kononnya kau dengan baik hatinya nak bayar tiap-tiap bulan tu... kau buat apa dengan duit tu, hah?" 

"Adam, please..."

Adam melepaskan genggamannya dari leher Ika.

"Dah la. Aku malas la nak pikir. Kau berambus la dari sini. Kalau kau nak duit, aku dah tak apa. Kau pi la kat jantan lain. Yang kau nak jumpa sangat tu. Mana tau dia ada banyak duit..." Adam memandang malas pada Ika. "...kan?"

Tanpa berlengah, Ika terus berdiri dan berlari naik ke atas. Tak lama kemudian, dia turun membawa beberapa beg bajunya.

Adam hanya memandang Ika keluar dari pintu rumah sambil melambai tangannya dan tersenyum lebar.

*** 

Nama aku Adam. Dan perempuan keparat yang baru je aku perambat keluar dari rumah tadi tu namanya Ika. 

Perempuan sial! 

Dah berbulan-bulan aku bela dia. Suka-suka je kata dia nak hidup dengan aku semata-mata nakkan duit aku? Pukimak punya perempuan! 

Lepas tu, suka-suka pulak dia nak curi duit aku bila aku tak hulur dia duit yang dia mintak. Kurang ajar betul! 

Ingat duit ni untuk tampung diri dia je? Mekap dia? Top-up dia? Hah?! Habis tu... top-up aku camne? Gel rambut aku camne? Duit kereta, duit rumah... ada betina tu nak pikir? Sial!

*** 

Adam menahan amarahnya. Dinding biliknya ditumbuk-tumbuk sehingga ada kesan rekahan. Juga tercalit kesan darah merah bercampur dengan debu simen. Adam memeluk kepalanya, badan disandar pada dinding dan dia terjelepuk jatuh lalu terduduk ke lantai. Bahunya terhenjut-henjut naik-turun. Dia menangis semahunya. Kesal dengan dirinya. Kesal dengan apa yang berlaku.

Esok, dia akan keluar dari rumah ini. Segala isi rumah ini akan dilelong. Saat ini, yang cuma Adam mahukan adalah...

"Ibu... Adam rindukan Ibu..." 

Episod 10

Pagi itu, hujan renyai-renyai. Dengan muka tak cukup tidur, Adam hanya mengharapkan pagi yang indah untuk melampiaskan waktu tidur digunakan masanya dengan betul. Namun, dia punya hal pula pagi ni. Perlu menghadiri majlis pengkebumian orang kesayangannya.

Adam sendiri keliru. 'Kesayangan?' Masih menjadi 'kesayangan' dia lagi ke selepas apa yang berlaku di antara dia dengan ibunya itu? Walau apapun, perempuan itu masih memegang gelaran 'ibu' dalam hidupnya. Perempuan yang mengandungkan dia, yang menjaganya sehingga dia membesar dan kini sudah pandai melawan kata-kata orang. Dasar anak syaitan!

Liang lahad yang perlahan-lahan dikambus semula itu direnung dari jauh. Setelah selesai, fikiran Adam mulai tenggelam dek talkin yang dibaca tok imam yang sering mengetuai solat di masjid kawasan taman perumahan Adam. Satu persatu baris talkin dihayati.

Ketahuilah wahai Rosma binti Zakiah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: 
Siapakah Tuhan kamu? 
Siapakah Nabi kamu? 
Apakah agama kamu? 
Apakah kiblat kamu? 
Siapakah saudara kamu? 
Apakah pegangan iktikad kamu? 
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? 
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. 

Dalam menungnya, Adam mula bermonolog.
'Apakah ibunya mampu menjawab soalan-soalan bocor tersebut?' 
Adam mengeluh.

Selesai segala macam doa untuk si mati, semua yang berada di situ perlahan-lahan berjalan pergi untuk pulang. Tinggal Adam seorang.

Adam menghela nafas berat dan terus menyusun langkah, pergi dari situ. Malas dia mahu memikirkan tentang ibunya lagi.

'Yang mati, biarkan saja dia mati. Aku yang hidup, ikut suka hati aku nak hidup macam mana.' 

Sampai di kereta, Adam memeriksa bungkusan yang ada di dalam dashboard. Ada barang baik yang perlu dihantar kat Subang nanti. Adam terukir senyum kecil.

***** 

Selang beberapa hari, Adam pulang semula ke rumah peninggalan Ibu. Segala harta yang ditinggalkan, semuanya kini milik Adam. Segala duit, kereta dan rumah yang tak habis bayar lagi ni, semua milik Adam.

Isi rumah masih tak berubah, cuma ada sedikit berserabut. Seperti lama sudah tidak berkemas. Tapi apa yang Adam peduli. Dia masih boleh hidup dengan rumah bersepah begitu.

Sedar tak sedar, satu kucupan hinggap ke pipi Adam. Tangan Adam melingkar, memeluk tubuh Ika. Mereka berkucupan berlawan lidah.

'Ya... ada agenda seterusnya yang aku perlu lakukan. Dan agenda itu, akan aku mulakan... esok!' 

Ika memandang Adam dengan mata galaknya. Bibir yang dicalit dengan lipstick merah itu membentuk satu senyuman yang penuh dengan makna. Tanpa Adam sedari...

Episod 9

Hampir dua bulan berlalu, Puan Rosma berjalan bermundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Resahnya seperti tak kesudahan. Baru melabuhkan punggungnya sebentar di atas sofa empuk, dia bangun semula. Berjalan menuju ke jendela.

"Mana dia ni? Tak reti nak balik ke?"

Mukanya berkerut. Masam. Dan mengeluh lagi. Kemudian, dia berjalan ke arah dapur. Tekaknya dahaga. Dia membuat air teh o' panas.

Sedang dia mengacau gula agar larut dalam teh tersebut, Puan Rosma terdengar pintu utama dikuak dan seketika kemudian ia ditutup semula.

"Johnny?"

Ruang depan sunyi. Dengan perlahan-lahan, Puan Rosma berjalan ke ruang tamu. Namun, tiada siapapun di ruangan itu. 'Aku mengelamun sangat ni...', detik Puan Rosma. Lalu, dia berpatah semula ke dapur.

"There you are! I thought you were in your room."

Johnny menuruni anak-anak tangga. Dan dia berjalan ke arah Puan Rosma dan memeluk tubuhnya. Beberapa saat kemudian, Puan Rosma menolak badan Johnny. Mahu melepaskan dirinya dari hangat pelukan Johnny.

"I wanna tell you something. It's about us. About what we had done!" Ada getar pada nada suara Puan Rosma.
"What is it? Come, sit here. Tell me, sayang. I'm listening." Johnny menarik tangan Puan Rosma dan mengarahkannya duduk.
"Come on... why are you look so..."
"I'm pregnant." Laju Puan Rosma memintas percakapan Johnny. Johnny terdiam. Dia memandang Puan Rosma dengan pandangan yang kosong.
"You promised me... you want to take care of me..." Puan Rosma mula menagih janji. Padahal, pada Johnny janji itu sekadar ayat pemanis saja.

Sepanjang minit-minit terakhir itu, Johnny hanya mampu menggelengkan kepalanya dan menafikan janji yang pernah diungkapkan. Seboleh-bolehnya dia mahu menggelengkan kepalanya. Bibirnya bergetar.

"You're kidding, right?"

***** 

"Sekejap je lagi, siap la ni ye, Puan. Sikit je lagi."

Puan Rosma sudah berpeluh-peluh antara menahan panas dalam ruangan itu dan sakit yang dihadapinya. Terasa seperti ada seseorang menoreh-noreh dinding rahimnya.

"Okay... dah siap. Bersih. Semua cukup."

Puan Rosma mengerlingkan matanya ke arah cebisan-cebisan merah yang berada di atas meja.

"Janin ni Puan nak uruskan atau kami yang uruskan?"
"Doktor la uruskan. Saya taknak." 
"Baiklah. Dalam seminggu-dua ni, Puan berehat cukup-cukup dan... jangan ada buat hubungan kelamin, ya? Kasi okay dulu rahim tu." 

Puan Rosma hanya mampu termenung jauh. Dia menghembus nafas berat. Imbasan itu adalah kejadian dua hari lepas. Dan dua hari lepas itu juga la yang memutuskan perhubungan antara Puan Rosma dengan Johnny.

Johnny tak mahu bertanggungjawab. Dan pada petang selepas dia memberitahu Johnny tentang keadaannya, Johnny terus mengambil segala barangnya yang ada di rumah dan keluar pergi.

Malamnya pula, dia ke sebuah klinik dan menggugurkan kandungannya. Dia takut... cuak! Tapi dia lakukan juga operasi pengguguran itu.

Dia insaf... walaupun dia tahu insafnya tak pernah kekal. Tapi kali ni, dia insafnya bercampur dengan menyesal yang teramat kerana dia terlalu mempercayai pada seorang lelaki. Maklumlah... selama ni dia simpan 2-3 stok lelaki. Tapi bersama Johnny, hanya Johnny saja yang dia layan sepanjang tempoh tiga bulan itu.

Puan Rosma memejamkan matanya rapat-rapat. Air mata mengalir, menitis jatuh ke atas gambar Adam. 

'Ibu rindu kat Adam....'

***** 

Adam masih seperti dua bulan yang lepas. Masih dengan kehidupan bebasnya. Masih dengan pekerjaan haramnya. Yang penting, dia dapat enjoy, dapat duit!

Malam tu, Adam mahu keluar makan. Kedai mapley hujung simpang jalan tu memang dekat dengan rumah tumpangannya, jadi Adam hanya berjalan saja.

Order. Makanan sampai. Air sampai. Makan. Makan. Makan. Minum air. Kembung perut. Kenyang. Sendawa. Terkulai atas kerusi.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi hentaman kuat di jalan utama tak jauh dari mapley. Ada yang bergegas ke arah tempat kemalangan. Ada yang panik, terkejut, blur... macam-macam la.

Adam yang pada mulanya buat tak tahu, tiba-tiba berdiri dan membayar bilnya di kaunter dan terus berjalan ke arah tempat kejadian.

Kelihatan ada dua kereta yang berhentaman. Remuk teruk. Salah satu daripada pemandu kedua-dua kereta tersebut tercampak ke luar. Mangsa kemalangan sangat parah.

Adam memerhati sekeliling. Dan akhirnya, matanya terpaku pada tubuh mangsa yang tercampak keluar tersebut.

"Agaknya kereta tu tak perasan ada kereta yang keluar simpang, tu yang berlanggar depan dengan depan tu. Mungkin pemandu kereta hitam tu laju, tu yang tercampak keluar," kata saksi yang sempat Adam mencuri dengar.

Dalam keriuhan itu, pihak polis dan ambulans tiba. Anggota polis mengambil keterangan saksi, manakala anggota paramedik pula mengeluarkan mangsa-mangsa yang masih berada di dalam kereta. Ada dua orang anggota paramedik yang berjalan ke arah tubuh mangsa yang tercampak keluar.

"Angkat elok-elok! Satu.. dua.. tiga!", arah salah seorang paramedik sambil mengangkat mangsa itu ke atas pengusung.

Lalu, mereka mengangkat pengusung itu dan mula berjalan ke arah van ambulans. Mereka lalu di hadapan Adam. Adam terpandang mangsa tersebut. Mukanya amat dikenali. Seseorang yang dia amat rindui.

'Adam bukan tak rindu... Adam bukan tak sayang... harap kau okay. Nak peluk kau, tapi aku ego. Sebab aku... anak syaitan kau.' 

Episod 8

Cahaya mentari menikam mata Adam yang baru saja nak mencelik. Pedih. Cahaya itu terlalu terang. Adam memejam-celikkan matanya sehingga pandangan yang kabur mulai jelas.

Ketika dia mahu bangun, dia terasa tangannya dipeluk kuat. 'Ika?' Terus Adam menyelak kain selimut. 'Bila masa pulak aku tunggang dia ni?' 

Adam terus menarik tangannya perlahan dari pelukan Ika. Dia berdiri dan berjalan bogel keluar dari bilik. Tuala di kerusi terus dicapai dan bersiap untuk mandi.

*****

Mulai dari saat itu, Adam mengamalkan kehidupan secara bebas. Dia boleh buat apa saja yang dia mahu. Duit tak jadi masalah kerana dia sudah ada pekerjaan sendiri. Nak dadah? Nak dada? Adam boleh arrangekan, asal korang bayar je berapa harga yang dah ditetapkan.

Walaupun dah berjumpa dengan ramai orang serta perempuan yang beratur berderet macam budak kecik datang rumah nak beraya, Adam tetap nak kokak Ika. Sayang betul dia kat Ika. Ika pula selalu ada dengan Adam ketika susah dan senang.

Bagi Adam, Ika saja tempat dia melepaskan kasih dan sayang. Kawan-kawan pun setakat beberapa orang saja, itu pun rakan satu bisnes dengan dia juga.

Pusing-pusing, itu je la tentang kehidupan Adam sekarang. Seks, dadah, lepak, jamming... tak ada apa yang menarik.

*****

Hampir dua bulan berlalu, Puan Rosma masih seperti dulu. Bertukar-tukar jantan setiap kali pulang ke rumah.

Malam itu, dia pulang bersama Johnny. Kekasih yang entah-ke-berapa-pun-tak-tahu. Pertama kali jumpa semasa dia bercuti di UK dua minggu lepas. Lelaki muda itu baru mencecah 29 tahun pada ketika dia diajak ke rumah Puan Rosma.

Mereka meraikan hari lahir Johnny dengan membuat pizza pepperoni chicken kesukaan Johnny dan diakhiri dengan membuat pizza di atas katil. 'Haih... banyak betul scene bermain dalam episod kali ni ye?'

Puan Rosma tidak sedar bahawa Johnny tu sekadar mahukan seks dengan seseorang yang berusia darinya. Lebih-lebih lagi dari golongan MILF. Tambahan pula, Puan Rosma mempunyai banyak duit. Bak kata pepatah; sambil menyelam minum air.

Pepatah Johnny pula; sambil kokak MILF, aku kikis duit dia!

Dah puas kokak-mengokak, Johnny berdiri di tepi tingkap sambil menghisap rokok. 'Lega... dua round, mana tak lega!' Rokok dihisap sekali-dua, dan kemudian ditenyeh di ashtray. Tubuh tegapnya dibaringkan di sebelah Puan Rosma. Mata dipejam rapat. Berharap agar dapat mimpi basah... eh, mimpi indah!

'Ingat misi kita. Kikis! Kikis! Kikis! Pastu cabut la~!' 

Episod 7

"Kau bangun sekarang, budak setan! Bangun aku kata! BANGUUUUNNN!!" Kedengaran suara ibu Adam memekik melolong dan menjerit bagai orang histeria.

Uncle Mus yang sedang mengangkat barang-barang dan beg baju pula kebingungan. "Ni apahal lak ni?" Dia meletakkan beg dan barang-barang ke atas lantai dan terus berlari naik ke tingkat atas.

"You tengok budak setan ni!" Ibu Adam menudingkan jarinya ke arah Adam yang sedang mamai, pening  bercampur high dek penangan dadah lahanat. "Dia ni berani pulak main amek dadah bagai! Entah duit siapa budak ni curik buat beli dadah tak tau!"

Uncle Mus yang memikirkan duit yang diberikan kepada Adam minggu lepas sebanyak RM5000 itu dengan mudah Adam habiskan dengan membeli dadah itu terus naik berang. Kalau dia tau Adam akan menggunakan untuk membeli dadah, takkan dia beri duit sebanyak itu senang begitu saja. Baik dia pergi berjoli dengan skandal dia yang lain, lagi best!

"Babi punya budak! Aku bagi duit tu untuk kau belanja makan-makan, enjoy shopping! Bukan beli dadah, lahanat!" 

Uncle Mus mencekak leher Adam. Adam yang dalam keadaan high itu terus menghadiahkan satu tumbukan ke muka Uncle Mus. Dan mereka terus berkelahi sesama sendiri...

***** 

"Sudah! Berhenti... BERHENTI!!!!" Jerit ibu Adam apabila ada yang mencapai batang besi yang terdapat di celahan timbunan barang yang bersepah di dalam bilik itu.

Tanpa ada sebarang pertimbangan, dia menghayunkan batang besi itu ke kepala lawan.

- PAM! PAMM! PAMMM! 

Kelihatan darah sudah pun mula mengalir di atas lantai. Si pemukul masih lagi memukul. Si mangsa pula sudah terkulai, tiada respon. Hanya darah semakin banyak mengalir.

"Aku kata SUDAH!!" Jerit ibu Adam lagi. Si pemukul menghentikan ayunannya. Dia menoleh ke belakang.

"Adam..? Sayang..? Awak...." 

Si pemukul mula melangkah mendekati ibu Adam.

"Adam... apa kau buat ni Dam?! Kau nak bunuh dia ya?!" Teriak ibu Adam.
"Aku bukan nak bunuh... aku dah bunuh dia dah pun," kata Adam selamba.

Adam mencampakkan batang besi yang penuh dengan darah itu ke arah ibunya. Ibunya yang masih terkejut itu terus mencampakkan batang besi itu sejauh mungkin. Geli dengan darah agaknya.

Di satu sudut lain dalam bilik itu, Adam memasukkan beberapa helai baju, seluar, dan boxer, serta wallet dan kunci keretanya ke dalam beg galas. Setelah selesai, dia bangun dan menghampiri ibunya.

"Pandai-pandai ibu la nak buat apa dengan sampah tu. Aku... nak blah dari sini." Mata Adam mengerling pada susuk tubuh yang sudah pun menjadi mayat itu.

Mata ibunya mula berair, mukanya pula mulai kemerahan, badannya menahan getar amarahnya. Tiba-tiba...

"Kau pergi dari rumah ni! Jangan nak datang sini lagi, kau paham?! Kau memang anak sial, babi, bangsat punya anak! Kau blah skrang!!" Teriak ibu Adam bagai orang histeria.

Adam menoleh ke arah ibunya. "Dah habis marah dah? Okay, bye!" Adam menoleh ke hadapan semula dan meneruskan langkahnya.

***** 

Pintu belakang dibuka. Lampu tidak dibuka. Hanya bergantung pada lampu suluh saja.

Setelah sehari suntuk berfikir, Puan Rosma akhirnya terpaksa juga untuk bertindak sendiri. Dia hanya perlu bergerak seorang diri. Tak perlu orang lain. Kantoi tak pasal-pasal susah juga nanti!

Tanah dicangkul sedalam mungkin. Ya, memang dalam. Sungguh dalam. Tak perlukan lubang yang besar. Cuma mahu yang dalam saja.

Agak-agak sudah dalam dan difikirkan muat dengan benda yang perlu diisikan ke dalamnya, Puan Rosma mulai berhenti dan merehatkan dirinya yang mulai dibasahi keringat. Kemudian, dia masuk ke dalam rumah semula. Perlahan-lahan dibawa bungkusan hitam itu keluar.

Bungkusan itu dibuka. Bau busuk dan hanyir darah menusuk hidung. Loya di tekak cuba ditahan. Ketulan-ketulan daging dan tulang dari dalam plastik hitam itu dituang masuk ke dalam lubang itu. Lepas itu, Puan Rosma melapik plastik hitam ke atas ketulan-ketulan dalam lubang itu, kasi taknak naik bau kononnya. Dan akhirnya, dia menimbuskan semula tanah ke dalam lubang tersebut. Ditimbus padat-padat.

Selesai jugak perkara ni. Lepas ni dah boleh mandi dan tenangkan fikiran. Pasal budak setan tu, biarkan dia mampus kat luar sana. Malas nak fikirkan lagi pasal dia. Budak tu dasar haram! Sial... Babi... Bangsat... Anak setan! Menyusahkan aku sungguh! 

Episod 6

Selama Adam tinggal seorang diri di rumah. Dibekalkan RM5k yang diberi oleh Uncle Mus, Adam sudah pun berkira-kira apa yang mahu dilakukannya nanti sejak hari pertama ditinggalkan lagi. Agenda utama perbelanjaannya sudah pasti pada sesi jamming dan duit lepak makan.

Hari ini baru hari kedua Adam jadi 'orang kaya baru'. Dan sehari suntuk ini, Adam menonton wayang secara maraton. Tiga cerita sekaligus untuk sehari. Yelah, duit banyak. Apadehal!

Lepas penat menonton wayang berderet tiga cerita tanpa henti, Adam terus call kawan-kawannya untuk melepak. Dia memilih untuk makan malam di McDonald's. Dan seperti biasa, apabila mahu memujuk kawan-kawan untuk keluar bersama, perlulah kena belanja mereka, kan?

"Aku tengok duit kau ni berkepuk-kepuk minggu ni. Kemain~", usik Panjang setelah mereka sekumpulan selesai membuat pesanan, membayar dan meletakkan dulang makanan ke atas meja.
"Agaklah. Jantan ibu aku yang bagi. Aku balun je. Bukan aku mintak pun." Jawab Adam, acuh tak acuh.
Panjang mengeluarkan sebungkus plastik kecil dari kocek jaketnya. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. "Kau tak nak try?"
"Woi, mana dapat ni? Lama tak dapat ni." kata Man.
"Jangan korang melayan kat sini sudah..." cuak Daniel.
"Ice?" tanya Adam mahu kepastian. Dia membelek bungkusan kecil yang mempunyai ketulan serbuk halus seperti kristal itu.
"Kau amek la. Kau pernah try dulu gak kan? Aku tau kau ada problem. Mana tau kau nak merasa kasi release tension tu." Panjang mengeluarkan sebungkus lagi dari kocek jaketnya dan diberikannya pada Man.
"So, lepas ni? Lokasi mana nak lepak?" tanya Daniel.
"Rumah aku jela. Leh memekak, layan ni lagi." ajak Adam, sambil matanya memicing pada bungkusan dadah kecil itu.
"Haha.. nice dude!" kata Man, tersenyum lebar.

Mereka terus menghabiskan makanan, kemudian mereka terus bergerak ke kereta Adam yang diparkir di seberang jalan.

***** 

Rasa seperti baru semalam Adam mengambil sepeket kecil dadah mengkhayalkan itu. Dan kini, Adam mula ketagih dadah berhablur halus berwarna putih itu lagi. Sepeket kecil itu, Adam boleh mendapatkannya dengan harga RM20 daripada Panjang. Biarlah mahal sekalipun, asal lepas ketagih.

Hampir tiap malam, Panjang dan Man akan datang ke rumah Adam untuk melayan barang bersama. Hari ini, ada lagi tiga hari berbaki sebelum ibu dan jantannya pulang ke rumah. Rumah tunggang-langgang tak dikemas sikit pun. Dan hari ini juga, sudah masuk tiga hari Adam tidak hadir ke kolej secara berturut-turut. 'Ah, biarlah! Aku pun dah malas nak belajar lagi.'

Adam bangun pagi itu, lihat Ika terbaring di sebelahnya. Memeluk lengannya. Entah bila masa Ika sampai rumah ni pun Adam ingat-ingat-lupa. Apabila Adam mahu bangun dari pembaringannya, kepalanya terasa berat. Berputar. Pandangan matanya menjadi gelap seketika. Adam memejamkan matanya barang sesaat dua. Dan beberapa saat selepas itu, barulah pandangannya kembali normal.

Adam berjalan keluar dari biliknya. Dia lihat Panjang dan Man berada di depan ruang menonton TV. Mereka masih tersadai di sofa. Masih lena. Hangover habis.

Adam kembali masuk ke dalam biliknya. Merebahkan badannya ke atas katil. Sambung tidur. Malas hendak ke kolej.

***** 

"Kau pegi mana seminggu ni? Hilang terus kau minggu ni." Tanya Daniel. Dia datang ke rumah Adam kerana Adam langsung tidak hadir ke kolej dalam minggu itu. Daniel juga membawa se-pan piza dari Pizza Hut.
"Aku tak ke mana-mana pun. Ada je kat rumah. Apasal?" Adam membuka kotak piza itu dan menarik satu slice.
"Pengetua cari kau, kau tau? Dia nak bagi surat amaran hari tu sebab kau banyak kali buat hal. Tapi dah kau selalu tak datang ofis dia. Kali ni dia nak buang kau terus. Kau punya pointer pun jatuh gila kawshit sem ni." Ujar Daniel panjang lebar. Adam masih mengunyah piza. Kata-kata Daniel tadi dia tidak kunyah bersama. Sekadar mendengar masuk telinga kanan, keluar di telinga kiri.
"Kau dengar ke tak ni, Dam?" Marah Daniel.
"Dengar... dah dia nak buang aku. Biar jela. Aku pun dah malas dah nak datang kelas tu." Jawab Adam selamba. Dia mengambil satu lagi slice piza.
"Kau jangan macam ni. Kita lagi berapa sem je tinggal untuk praktikal. Attitude kita memang la macam takleh pakai, tapi kena la ada sijil diploma ijazah tu bagai. Baru orang nak pandang." Bebel Daniel. Adam masih dengan perangainya. Daniel melepaskan nafas berat. Dia give-up mahu membasuh Adam petang itu.

***** 

Malam itu, malam terakhir dia akan berseorangan di rumah. Esok, ibu dan jantannya akan pulang ke rumah semula. Adam masih dibawah pengaruh dadah. Dia sudah masuk ke dunia khayalannya. Tiada siapa boleh mengganggunya.

Kini, duitnya masih berbaki dan masih banyak. Bekalan dadah juga masih ada. Cukup buat satu-dua hari lagi. Kolej? Tak perlu difikirkan lagi. Itu semua sampah! Yang penting, enjoy... enjoy... dan enjoy lagi. Sampai mampus!

Adam sudah pun tersadai di atas tilam bujangnya. Suara meraban seorang dirinya sudah pun tiada. Senyap dan sunyi. Hanya dengkuran kasar yang didengari ketika itu. Shh... anak syaitan nak tidur.