Episod 10

Pagi itu, hujan renyai-renyai. Dengan muka tak cukup tidur, Adam hanya mengharapkan pagi yang indah untuk melampiaskan waktu tidur digunakan masanya dengan betul. Namun, dia punya hal pula pagi ni. Perlu menghadiri majlis pengkebumian orang kesayangannya.

Adam sendiri keliru. 'Kesayangan?' Masih menjadi 'kesayangan' dia lagi ke selepas apa yang berlaku di antara dia dengan ibunya itu? Walau apapun, perempuan itu masih memegang gelaran 'ibu' dalam hidupnya. Perempuan yang mengandungkan dia, yang menjaganya sehingga dia membesar dan kini sudah pandai melawan kata-kata orang. Dasar anak syaitan!

Liang lahad yang perlahan-lahan dikambus semula itu direnung dari jauh. Setelah selesai, fikiran Adam mulai tenggelam dek talkin yang dibaca tok imam yang sering mengetuai solat di masjid kawasan taman perumahan Adam. Satu persatu baris talkin dihayati.

Ketahuilah wahai Rosma binti Zakiah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: 
Siapakah Tuhan kamu? 
Siapakah Nabi kamu? 
Apakah agama kamu? 
Apakah kiblat kamu? 
Siapakah saudara kamu? 
Apakah pegangan iktikad kamu? 
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? 
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. 

Dalam menungnya, Adam mula bermonolog.
'Apakah ibunya mampu menjawab soalan-soalan bocor tersebut?' 
Adam mengeluh.

Selesai segala macam doa untuk si mati, semua yang berada di situ perlahan-lahan berjalan pergi untuk pulang. Tinggal Adam seorang.

Adam menghela nafas berat dan terus menyusun langkah, pergi dari situ. Malas dia mahu memikirkan tentang ibunya lagi.

'Yang mati, biarkan saja dia mati. Aku yang hidup, ikut suka hati aku nak hidup macam mana.' 

Sampai di kereta, Adam memeriksa bungkusan yang ada di dalam dashboard. Ada barang baik yang perlu dihantar kat Subang nanti. Adam terukir senyum kecil.

***** 

Selang beberapa hari, Adam pulang semula ke rumah peninggalan Ibu. Segala harta yang ditinggalkan, semuanya kini milik Adam. Segala duit, kereta dan rumah yang tak habis bayar lagi ni, semua milik Adam.

Isi rumah masih tak berubah, cuma ada sedikit berserabut. Seperti lama sudah tidak berkemas. Tapi apa yang Adam peduli. Dia masih boleh hidup dengan rumah bersepah begitu.

Sedar tak sedar, satu kucupan hinggap ke pipi Adam. Tangan Adam melingkar, memeluk tubuh Ika. Mereka berkucupan berlawan lidah.

'Ya... ada agenda seterusnya yang aku perlu lakukan. Dan agenda itu, akan aku mulakan... esok!' 

Ika memandang Adam dengan mata galaknya. Bibir yang dicalit dengan lipstick merah itu membentuk satu senyuman yang penuh dengan makna. Tanpa Adam sedari...