Episod 12

Seminggu.

Dah nak seminggu dia hidup merempat. Tidur, mandi dan rehat tak tentu tempat.

Adam terduduk di bangku bus-stand. Beg berisi pakaiannya dicampakkan di sebelahnya. Penat dia mengusung beg itu ke sana ke mari untuk mencari tempat berlindung. Mentari terik membuatkan bengangnya makin menjadi. Bengang dengan apa yang berlaku semenjak dia keluar dari rumahnya yang bakal dilelong bulan depan yang cuma berbaki beberapa hari saja lagi.

Nak harapkan kawan-kawan yang kononnya 'brotherhood' sangat tu, jangan haraplah. Dah susah macam nimana diorang nak pandang lagi.

Nak minta duit dari Ika, nanti dia pun nak minta duit dari aku. Nak bagi apa? Apa yang dapat nanti? Maki.

Nak minta tolong dari Ibu, dah terlambat.

Adam menekup wajahnya yang mula tumbuh kumis dan sedikit berminyak itu dengan tangan. Mata dipejam rapat.

Dalam bias-bias cahaya dalam gelap pejam matanya itu, Adam dapat melihat semua perkara yang telah dia lakukan sepanjang hidupnya. Satu persatu dia mengimbas kembali.

Ya Allah...

Dah lama Adam tidak mengungkap nama agung itu. Nama Tuhan yang satu. Airmatanya mengalir perlahan dari celahan jari dan mengalir ke pipi dan kemudian jatuh ke atas lantai simen sebelum disejat dengan bahang tengahari.

"Nak...?" tegur seorang lelaki tua.

Adam menegakkan badannya melihat empunya suara. Tangannya pantas mengesat airmatanya yang lencun di mukanya yang berminyak itu. Kelihatan seorang lelaki tua. Pakcik itu menjual kuihdi hujung simpang jalan berdekatan rumahnya dulu.

"Er... ya?" Suara Adam kedengaran serak basah. Jelas sekali dia sedang bersedih ketika itu.

"Anak ni kenapa?"

Adam membisu. Matanya terkebil-kebil memandang lelaki tua itu. Dia mengira-ngira, mungkin lelaki itu seusia dengan Ibu. Atau mungkin tua takat empat-lima tahun dari Ibu.

"Pakcik tengok anak ni tidur kat surau dua-tiga hari ni. Kenapa tak balik rumah?" tanya lelaki itu lagi.

"Uhh... saya..." Adam kehilangan kata.

Dia sebenarnya segan dengan dirinya sendiri. Dia pernah mencaci pakcik tua itu. Dia pernah membuat kacau di gerai pakcik itu.

"Sudah la. Meh, ikut pakcik balik ke rumah pakcik."

Lelaki tua itu terus melangkah pergi. Kemudian, dia berhenti dan menoleh.

"Meh la. Anak ni nak kena mandi bersih-bersih, lepas tu boleh la kita makan sama." Lelaki itu mengukir senyum manis.

Niatnya baik, untuk menolong Adam yang dalam kesusahan. Dia harap, Adam terbuka pintu hatinya untuk ikut dia pulang ke rumah bersama. Ada sesuatu yang perlu diberitahu pada Adam. Sesuatu yang telah lama dia pendam. Sesuatu yang penting...

Episod 11

Surat yang baru diambil dari peti itu dikoyak tepi. Isi dalamnya dibuka baca.

"Notis pemberitahuan... eh, biar betul? Rumah ini akan dilelong bermula bulan depan?" 

Adam merenyukkan surat notis tersebut. "Shit!" Dan surat itu dicampakkan saja ke atas rumput laman rumah.

*** 

Ika menghampiri Adam yang sedang menonton TV di ruang tamu. Punggung dilabuhkan di sebelah Adam dan kepala sengaja dilentokkan di bahu lelaki itu. Tangannya yang lembut itu sengaja meraba dada bidang milik Adam.

"Sayang..."

"Hmm?"

"Saya nak duit sikit... boleh?"

Adam menoleh pada Ika. "Kan saya baru bagi semalam... dah habis?" 

"Ala... yang tu untuk mekap baru. Yang ni untuk beli... handbag baru." Ika melemparkan senyum manis.

Adam mengeluh. "Awak ni... jangan la bazir duit beli benda yang dah ada. Kita ni bukan ada duit banyak pun." 

"Lepas ibu awak mati kan awak dapat duit dia yang berkepuk-kepuk tu. Takkan dah habis kot?"

Adam mengetap rahangnya. "Kau cakap elok-elok sikit boleh? Arwah ibu aku tinggalkan duit berkepuk-kepuk tu bukan untuk kau sorang je, faham?" 

Adam mulai menukar intonasi suaranya, membuatkan Ika diam tak terkutik. Dadanya berombak kasar. Misinya untuk mendapatkan wang untuk bersuka-ria dengan lelaki yang baru dikenalinya Fesbuk sejak minggu lepas itu gagal.

Ika menegakkan badannya. Tangan disilang ke dada. Mulutnya muncung sedepa.

"Awak sengaja tak nak bagi, kan? Dah tak sayang kat saya kot," tuduh Ika.

Adam pantas mencekak leher Ika. "Kau dengar sini, perempuan! Aku yang tak sayang kau atau kau yang tak sayang aku lagi? Cakap!" 

Diam.

"Kau ingat aku tak tau niat kau mintak duit hari-hari untuk apa? Time aku tido, kau ingat aku tak tau kau curi duit aku?"

Ika mereguk liur.

"Duit rumah yang aku bagi kat kau, kononnya kau dengan baik hatinya nak bayar tiap-tiap bulan tu... kau buat apa dengan duit tu, hah?" 

"Adam, please..."

Adam melepaskan genggamannya dari leher Ika.

"Dah la. Aku malas la nak pikir. Kau berambus la dari sini. Kalau kau nak duit, aku dah tak apa. Kau pi la kat jantan lain. Yang kau nak jumpa sangat tu. Mana tau dia ada banyak duit..." Adam memandang malas pada Ika. "...kan?"

Tanpa berlengah, Ika terus berdiri dan berlari naik ke atas. Tak lama kemudian, dia turun membawa beberapa beg bajunya.

Adam hanya memandang Ika keluar dari pintu rumah sambil melambai tangannya dan tersenyum lebar.

*** 

Nama aku Adam. Dan perempuan keparat yang baru je aku perambat keluar dari rumah tadi tu namanya Ika. 

Perempuan sial! 

Dah berbulan-bulan aku bela dia. Suka-suka je kata dia nak hidup dengan aku semata-mata nakkan duit aku? Pukimak punya perempuan! 

Lepas tu, suka-suka pulak dia nak curi duit aku bila aku tak hulur dia duit yang dia mintak. Kurang ajar betul! 

Ingat duit ni untuk tampung diri dia je? Mekap dia? Top-up dia? Hah?! Habis tu... top-up aku camne? Gel rambut aku camne? Duit kereta, duit rumah... ada betina tu nak pikir? Sial!

*** 

Adam menahan amarahnya. Dinding biliknya ditumbuk-tumbuk sehingga ada kesan rekahan. Juga tercalit kesan darah merah bercampur dengan debu simen. Adam memeluk kepalanya, badan disandar pada dinding dan dia terjelepuk jatuh lalu terduduk ke lantai. Bahunya terhenjut-henjut naik-turun. Dia menangis semahunya. Kesal dengan dirinya. Kesal dengan apa yang berlaku.

Esok, dia akan keluar dari rumah ini. Segala isi rumah ini akan dilelong. Saat ini, yang cuma Adam mahukan adalah...

"Ibu... Adam rindukan Ibu..." 

Episod 10

Pagi itu, hujan renyai-renyai. Dengan muka tak cukup tidur, Adam hanya mengharapkan pagi yang indah untuk melampiaskan waktu tidur digunakan masanya dengan betul. Namun, dia punya hal pula pagi ni. Perlu menghadiri majlis pengkebumian orang kesayangannya.

Adam sendiri keliru. 'Kesayangan?' Masih menjadi 'kesayangan' dia lagi ke selepas apa yang berlaku di antara dia dengan ibunya itu? Walau apapun, perempuan itu masih memegang gelaran 'ibu' dalam hidupnya. Perempuan yang mengandungkan dia, yang menjaganya sehingga dia membesar dan kini sudah pandai melawan kata-kata orang. Dasar anak syaitan!

Liang lahad yang perlahan-lahan dikambus semula itu direnung dari jauh. Setelah selesai, fikiran Adam mulai tenggelam dek talkin yang dibaca tok imam yang sering mengetuai solat di masjid kawasan taman perumahan Adam. Satu persatu baris talkin dihayati.

Ketahuilah wahai Rosma binti Zakiah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: 
Siapakah Tuhan kamu? 
Siapakah Nabi kamu? 
Apakah agama kamu? 
Apakah kiblat kamu? 
Siapakah saudara kamu? 
Apakah pegangan iktikad kamu? 
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? 
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. 

Dalam menungnya, Adam mula bermonolog.
'Apakah ibunya mampu menjawab soalan-soalan bocor tersebut?' 
Adam mengeluh.

Selesai segala macam doa untuk si mati, semua yang berada di situ perlahan-lahan berjalan pergi untuk pulang. Tinggal Adam seorang.

Adam menghela nafas berat dan terus menyusun langkah, pergi dari situ. Malas dia mahu memikirkan tentang ibunya lagi.

'Yang mati, biarkan saja dia mati. Aku yang hidup, ikut suka hati aku nak hidup macam mana.' 

Sampai di kereta, Adam memeriksa bungkusan yang ada di dalam dashboard. Ada barang baik yang perlu dihantar kat Subang nanti. Adam terukir senyum kecil.

***** 

Selang beberapa hari, Adam pulang semula ke rumah peninggalan Ibu. Segala harta yang ditinggalkan, semuanya kini milik Adam. Segala duit, kereta dan rumah yang tak habis bayar lagi ni, semua milik Adam.

Isi rumah masih tak berubah, cuma ada sedikit berserabut. Seperti lama sudah tidak berkemas. Tapi apa yang Adam peduli. Dia masih boleh hidup dengan rumah bersepah begitu.

Sedar tak sedar, satu kucupan hinggap ke pipi Adam. Tangan Adam melingkar, memeluk tubuh Ika. Mereka berkucupan berlawan lidah.

'Ya... ada agenda seterusnya yang aku perlu lakukan. Dan agenda itu, akan aku mulakan... esok!' 

Ika memandang Adam dengan mata galaknya. Bibir yang dicalit dengan lipstick merah itu membentuk satu senyuman yang penuh dengan makna. Tanpa Adam sedari...