episod 3

Dengan pantas Adam menghidupkan enjin keretanya dan memecut. Meter keretanya sudah mencecah 140 km. Dengan kuatnya dia menjerit "Arghhh aku nak tinggal mana lepas ni! Bodoh lah. Kenapa semua kacau macam ni. Kusut betul! Aku tahu lah papa dah kasi rumah tu dekat mama but she can't throw me like this! Suka suka hati dia je nak halau aku dari rumah tu. Bukan banyak pun aku curi duit dia tu berbanding dengan harta yang papa dah kasi dekat dia." Adam buntu memikirkan di mana dia mahu tidur kerana ibunya sudah mengusirnya dari rumah tersebut. Tiba-tiba Adam teringat Daniel, dia terus mengeluarkan Android nya dan mencari nombor Daniel. Mungkin dia boleh menginap di rumah Daniel sementara krisis antara ibunya masih belum baik. Berkali kali Adam cuba menghubungi Daniel tetapi masih tidak dapat. "Bila aku perlukan kau, masa ni lah kau tade. Bila kau cari aku bukan main lagi sampai lubang cacing. Siap kau esok!". Adam begitu bengang dengan Daniel. Dia juga cuba menghubungi rakan yang lain namun keadaan tetap sama. Tiada satu pun rakannya yang menjawab panggilan Adam. Dia buntu dan tidak tahu kemana untuk di tuju. Tiba di satu simpang, Adam ternampak hotel budget. Terlintas di fikirannya "Mungkin aku boleh stay dekat hotel ni satu malam. Lantaklah hotel budget pun jadilah. Esok tidurlah rumah Daniel." Adam menuju ke hotel tersebut dan menginap untuk satu malam. Dia sudah tiada idea untuk tinggal di mana selain hotel tersebut.

Matahari yang tembus ke dalam bilik Adam membuatkan Adam terjaga dari tidur. "Ohmygod, pukul berapa dah ni! Minta mintalah aku tak terlewat kelas pagi ni." Dengan pantas Adam bersiap dan mengemaskan barang barangnya. Selepas dia check out, dia memecut laju ke kolej. Sampainya Adam ke kolej, dia ternampak Daniel dan terus menghala ke Daniel. Adam menepuk bahu Daniel "Aku rasa baik kau campak je handphone kau tu dekat longkang tak pun bagi anjing makan. Asal kau tak angkat call aku semalam bodoh?" Adam meninggikan suara. Daniel cuba menenangkan Adam "Sorrylah Adam, aku silent handphone aku semalam. So, aku tak dengar lah kau call. Kenapa kau call aku? Ada pape ke?". Adam menceritakan kejadian semalam dan dia mahu menginap di rumah Daniel buat sementara waktu. Daniel terus menjawab "Wow, kau gaduh dengan mama kau? Haha. Aku on je. Boleh je kalau kau nak stay rumah aku." Adam terus tersenyum lebar apabila mendengar jawapan dari Daniel. Mereka berdua terus menuju ke kelas.

Selesainya kelas mereka, Daniel terus mengajak Adam untuk lepak bersama rakan-rakannya yang lain. Mereka lepak dan jamming sampai ke malam. Jam menujukkan pukul 12 malam. Adam tergerak hati untuk pulang ke rumahnya sebentar untuk mengambil barang barangnya. "Weh aku balik rumah aku sekejap, then lepas aku ambil barang aku, terus aku gerak rumah kau." Adam memberitahu Daniel dan dia terus gerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan dia memikir 'agak agak apa lah orang tua tu buat dekat rumah sekarang? Minta minta lah dia dah tidur. Senang sikit aku nak masuk rumah  tu'. Adam terus memecut. Sesampainya dia di rumah, dengan perlahan dia membuka pintu supaya ibunya tidak mendengar.


Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki duduk di sofa sambil menonton televisyen. Adam terkejut dan terus menyergah lelaki itu "Woi kau buat apa dekat rumah aku ni haa? Kau keluar sekarang. Siapa yang suruh kau masuk?" Adam meninggikan suaranya dan cuba untuk memukul lelaki tersebut. Ibunya dengan pantas menghalang Adam dan menengking. "Kau ni dah kenapa nak naik tangan pulak? Kenapa kau balik rumah ni? Siapa suruh kau balik rumah ni haa. Aku dah halau kau kan!". Adam terkedu dan tidak menyangka ibunya sanggup membela lelaki tersebut dan membawa masuk ke dalam rumah arwah peninggalan bapanya. Dia menengking semula ibunya "Sanggup mama bawa lelaki ni masuk rumah papa? Perempuan jenis apa mama ni? Papa pergi baru setahun tapi mama dah cari pengganti then now you take him to our house. Now, I hate you. Really hate you! Kau tak layak jadi mama aku kalau perangai kau macam ni". Semakin tinggi suara Adam. Ibunya terus menyahut "This is not our house. This is my house. You can get out now!". Adam terus naik ke atas dan mengambil barang barangnya yang tertinggal tanpa menghiraukan ibunya dan lelaki tersebut. Selepas itu, dia turun dan berkata "Kau akan menyesal one day! Hidup kau takkan aman dengan lelaki ni dan papa takkan maafkan kau". Adam terus meninggalkan ibunya dan lelaki tersebut.