Episod 9

Hampir dua bulan berlalu, Puan Rosma berjalan bermundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Resahnya seperti tak kesudahan. Baru melabuhkan punggungnya sebentar di atas sofa empuk, dia bangun semula. Berjalan menuju ke jendela.

"Mana dia ni? Tak reti nak balik ke?"

Mukanya berkerut. Masam. Dan mengeluh lagi. Kemudian, dia berjalan ke arah dapur. Tekaknya dahaga. Dia membuat air teh o' panas.

Sedang dia mengacau gula agar larut dalam teh tersebut, Puan Rosma terdengar pintu utama dikuak dan seketika kemudian ia ditutup semula.

"Johnny?"

Ruang depan sunyi. Dengan perlahan-lahan, Puan Rosma berjalan ke ruang tamu. Namun, tiada siapapun di ruangan itu. 'Aku mengelamun sangat ni...', detik Puan Rosma. Lalu, dia berpatah semula ke dapur.

"There you are! I thought you were in your room."

Johnny menuruni anak-anak tangga. Dan dia berjalan ke arah Puan Rosma dan memeluk tubuhnya. Beberapa saat kemudian, Puan Rosma menolak badan Johnny. Mahu melepaskan dirinya dari hangat pelukan Johnny.

"I wanna tell you something. It's about us. About what we had done!" Ada getar pada nada suara Puan Rosma.
"What is it? Come, sit here. Tell me, sayang. I'm listening." Johnny menarik tangan Puan Rosma dan mengarahkannya duduk.
"Come on... why are you look so..."
"I'm pregnant." Laju Puan Rosma memintas percakapan Johnny. Johnny terdiam. Dia memandang Puan Rosma dengan pandangan yang kosong.
"You promised me... you want to take care of me..." Puan Rosma mula menagih janji. Padahal, pada Johnny janji itu sekadar ayat pemanis saja.

Sepanjang minit-minit terakhir itu, Johnny hanya mampu menggelengkan kepalanya dan menafikan janji yang pernah diungkapkan. Seboleh-bolehnya dia mahu menggelengkan kepalanya. Bibirnya bergetar.

"You're kidding, right?"

***** 

"Sekejap je lagi, siap la ni ye, Puan. Sikit je lagi."

Puan Rosma sudah berpeluh-peluh antara menahan panas dalam ruangan itu dan sakit yang dihadapinya. Terasa seperti ada seseorang menoreh-noreh dinding rahimnya.

"Okay... dah siap. Bersih. Semua cukup."

Puan Rosma mengerlingkan matanya ke arah cebisan-cebisan merah yang berada di atas meja.

"Janin ni Puan nak uruskan atau kami yang uruskan?"
"Doktor la uruskan. Saya taknak." 
"Baiklah. Dalam seminggu-dua ni, Puan berehat cukup-cukup dan... jangan ada buat hubungan kelamin, ya? Kasi okay dulu rahim tu." 

Puan Rosma hanya mampu termenung jauh. Dia menghembus nafas berat. Imbasan itu adalah kejadian dua hari lepas. Dan dua hari lepas itu juga la yang memutuskan perhubungan antara Puan Rosma dengan Johnny.

Johnny tak mahu bertanggungjawab. Dan pada petang selepas dia memberitahu Johnny tentang keadaannya, Johnny terus mengambil segala barangnya yang ada di rumah dan keluar pergi.

Malamnya pula, dia ke sebuah klinik dan menggugurkan kandungannya. Dia takut... cuak! Tapi dia lakukan juga operasi pengguguran itu.

Dia insaf... walaupun dia tahu insafnya tak pernah kekal. Tapi kali ni, dia insafnya bercampur dengan menyesal yang teramat kerana dia terlalu mempercayai pada seorang lelaki. Maklumlah... selama ni dia simpan 2-3 stok lelaki. Tapi bersama Johnny, hanya Johnny saja yang dia layan sepanjang tempoh tiga bulan itu.

Puan Rosma memejamkan matanya rapat-rapat. Air mata mengalir, menitis jatuh ke atas gambar Adam. 

'Ibu rindu kat Adam....'

***** 

Adam masih seperti dua bulan yang lepas. Masih dengan kehidupan bebasnya. Masih dengan pekerjaan haramnya. Yang penting, dia dapat enjoy, dapat duit!

Malam tu, Adam mahu keluar makan. Kedai mapley hujung simpang jalan tu memang dekat dengan rumah tumpangannya, jadi Adam hanya berjalan saja.

Order. Makanan sampai. Air sampai. Makan. Makan. Makan. Minum air. Kembung perut. Kenyang. Sendawa. Terkulai atas kerusi.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi hentaman kuat di jalan utama tak jauh dari mapley. Ada yang bergegas ke arah tempat kemalangan. Ada yang panik, terkejut, blur... macam-macam la.

Adam yang pada mulanya buat tak tahu, tiba-tiba berdiri dan membayar bilnya di kaunter dan terus berjalan ke arah tempat kejadian.

Kelihatan ada dua kereta yang berhentaman. Remuk teruk. Salah satu daripada pemandu kedua-dua kereta tersebut tercampak ke luar. Mangsa kemalangan sangat parah.

Adam memerhati sekeliling. Dan akhirnya, matanya terpaku pada tubuh mangsa yang tercampak keluar tersebut.

"Agaknya kereta tu tak perasan ada kereta yang keluar simpang, tu yang berlanggar depan dengan depan tu. Mungkin pemandu kereta hitam tu laju, tu yang tercampak keluar," kata saksi yang sempat Adam mencuri dengar.

Dalam keriuhan itu, pihak polis dan ambulans tiba. Anggota polis mengambil keterangan saksi, manakala anggota paramedik pula mengeluarkan mangsa-mangsa yang masih berada di dalam kereta. Ada dua orang anggota paramedik yang berjalan ke arah tubuh mangsa yang tercampak keluar.

"Angkat elok-elok! Satu.. dua.. tiga!", arah salah seorang paramedik sambil mengangkat mangsa itu ke atas pengusung.

Lalu, mereka mengangkat pengusung itu dan mula berjalan ke arah van ambulans. Mereka lalu di hadapan Adam. Adam terpandang mangsa tersebut. Mukanya amat dikenali. Seseorang yang dia amat rindui.

'Adam bukan tak rindu... Adam bukan tak sayang... harap kau okay. Nak peluk kau, tapi aku ego. Sebab aku... anak syaitan kau.' 

No comments:

Post a Comment