Episod 6

Selama Adam tinggal seorang diri di rumah. Dibekalkan RM5k yang diberi oleh Uncle Mus, Adam sudah pun berkira-kira apa yang mahu dilakukannya nanti sejak hari pertama ditinggalkan lagi. Agenda utama perbelanjaannya sudah pasti pada sesi jamming dan duit lepak makan.

Hari ini baru hari kedua Adam jadi 'orang kaya baru'. Dan sehari suntuk ini, Adam menonton wayang secara maraton. Tiga cerita sekaligus untuk sehari. Yelah, duit banyak. Apadehal!

Lepas penat menonton wayang berderet tiga cerita tanpa henti, Adam terus call kawan-kawannya untuk melepak. Dia memilih untuk makan malam di McDonald's. Dan seperti biasa, apabila mahu memujuk kawan-kawan untuk keluar bersama, perlulah kena belanja mereka, kan?

"Aku tengok duit kau ni berkepuk-kepuk minggu ni. Kemain~", usik Panjang setelah mereka sekumpulan selesai membuat pesanan, membayar dan meletakkan dulang makanan ke atas meja.
"Agaklah. Jantan ibu aku yang bagi. Aku balun je. Bukan aku mintak pun." Jawab Adam, acuh tak acuh.
Panjang mengeluarkan sebungkus plastik kecil dari kocek jaketnya. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. "Kau tak nak try?"
"Woi, mana dapat ni? Lama tak dapat ni." kata Man.
"Jangan korang melayan kat sini sudah..." cuak Daniel.
"Ice?" tanya Adam mahu kepastian. Dia membelek bungkusan kecil yang mempunyai ketulan serbuk halus seperti kristal itu.
"Kau amek la. Kau pernah try dulu gak kan? Aku tau kau ada problem. Mana tau kau nak merasa kasi release tension tu." Panjang mengeluarkan sebungkus lagi dari kocek jaketnya dan diberikannya pada Man.
"So, lepas ni? Lokasi mana nak lepak?" tanya Daniel.
"Rumah aku jela. Leh memekak, layan ni lagi." ajak Adam, sambil matanya memicing pada bungkusan dadah kecil itu.
"Haha.. nice dude!" kata Man, tersenyum lebar.

Mereka terus menghabiskan makanan, kemudian mereka terus bergerak ke kereta Adam yang diparkir di seberang jalan.

***** 

Rasa seperti baru semalam Adam mengambil sepeket kecil dadah mengkhayalkan itu. Dan kini, Adam mula ketagih dadah berhablur halus berwarna putih itu lagi. Sepeket kecil itu, Adam boleh mendapatkannya dengan harga RM20 daripada Panjang. Biarlah mahal sekalipun, asal lepas ketagih.

Hampir tiap malam, Panjang dan Man akan datang ke rumah Adam untuk melayan barang bersama. Hari ini, ada lagi tiga hari berbaki sebelum ibu dan jantannya pulang ke rumah. Rumah tunggang-langgang tak dikemas sikit pun. Dan hari ini juga, sudah masuk tiga hari Adam tidak hadir ke kolej secara berturut-turut. 'Ah, biarlah! Aku pun dah malas nak belajar lagi.'

Adam bangun pagi itu, lihat Ika terbaring di sebelahnya. Memeluk lengannya. Entah bila masa Ika sampai rumah ni pun Adam ingat-ingat-lupa. Apabila Adam mahu bangun dari pembaringannya, kepalanya terasa berat. Berputar. Pandangan matanya menjadi gelap seketika. Adam memejamkan matanya barang sesaat dua. Dan beberapa saat selepas itu, barulah pandangannya kembali normal.

Adam berjalan keluar dari biliknya. Dia lihat Panjang dan Man berada di depan ruang menonton TV. Mereka masih tersadai di sofa. Masih lena. Hangover habis.

Adam kembali masuk ke dalam biliknya. Merebahkan badannya ke atas katil. Sambung tidur. Malas hendak ke kolej.

***** 

"Kau pegi mana seminggu ni? Hilang terus kau minggu ni." Tanya Daniel. Dia datang ke rumah Adam kerana Adam langsung tidak hadir ke kolej dalam minggu itu. Daniel juga membawa se-pan piza dari Pizza Hut.
"Aku tak ke mana-mana pun. Ada je kat rumah. Apasal?" Adam membuka kotak piza itu dan menarik satu slice.
"Pengetua cari kau, kau tau? Dia nak bagi surat amaran hari tu sebab kau banyak kali buat hal. Tapi dah kau selalu tak datang ofis dia. Kali ni dia nak buang kau terus. Kau punya pointer pun jatuh gila kawshit sem ni." Ujar Daniel panjang lebar. Adam masih mengunyah piza. Kata-kata Daniel tadi dia tidak kunyah bersama. Sekadar mendengar masuk telinga kanan, keluar di telinga kiri.
"Kau dengar ke tak ni, Dam?" Marah Daniel.
"Dengar... dah dia nak buang aku. Biar jela. Aku pun dah malas dah nak datang kelas tu." Jawab Adam selamba. Dia mengambil satu lagi slice piza.
"Kau jangan macam ni. Kita lagi berapa sem je tinggal untuk praktikal. Attitude kita memang la macam takleh pakai, tapi kena la ada sijil diploma ijazah tu bagai. Baru orang nak pandang." Bebel Daniel. Adam masih dengan perangainya. Daniel melepaskan nafas berat. Dia give-up mahu membasuh Adam petang itu.

***** 

Malam itu, malam terakhir dia akan berseorangan di rumah. Esok, ibu dan jantannya akan pulang ke rumah semula. Adam masih dibawah pengaruh dadah. Dia sudah masuk ke dunia khayalannya. Tiada siapa boleh mengganggunya.

Kini, duitnya masih berbaki dan masih banyak. Bekalan dadah juga masih ada. Cukup buat satu-dua hari lagi. Kolej? Tak perlu difikirkan lagi. Itu semua sampah! Yang penting, enjoy... enjoy... dan enjoy lagi. Sampai mampus!

Adam sudah pun tersadai di atas tilam bujangnya. Suara meraban seorang dirinya sudah pun tiada. Senyap dan sunyi. Hanya dengkuran kasar yang didengari ketika itu. Shh... anak syaitan nak tidur.

No comments:

Post a Comment