episod 2

"And now we're living their dreams, we are their legacy.In time we'll learn that we'll risk no hurt to this world.And now we're living their dreams.Even if it takes great pain to endure.." sambil mendengar lagu 'Ballad For Layla', Adam termenung jauh mengenangkan blackberry nya yang hilang. 'aku salah letak ke? aku rasa ada dalam beg tadi. nak beli phone baru takde duit pulak.aku tahu nak buat camne..mama kan ada!'  Tanpa membuang masa,dia keluar dari bilik dan mencari ibunya. Adam tersenyum apabila melihat ibunya sedang menonton televisyen di ruang tamu.Dia terus mendekati ibunya. "Mama.." Ibunya terkejut melihat Adam yang menegurnya dari belakang.Ibunya hanya diam kerana kecewa dengan sikap Adam malam semalam. "Mama,bb adam hilang kat kolej tadi..adam nak beli phone baru lah mama.." Ibunya terus menoleh ke belakang dengan muka yang marah. "Senang je hidup kau kan,makan pakai kau semua mama tanggung lagi! kau ni bukan nya kecik lagi..dah besar panjang kan. cubalah simpan duit tu." "Masalahnya bb Adam hilang kot,bukannya Adam mintak duit nak enjoy ke apa. zaman sekarang ni kalau takde phone susah tau tak mama!" Adam meninggikan suaranya. "Bulan lepas baru je beli bb tu! kau ni pandai jaga harta ke tak? esok lusa apa lagi nak hilang? kereta? baik hilang nyawa tu je terus! senang hidup aku.." Ibunya bangun dari sofa dengan perasaan yang marah dan terus menuju ke biliknya. Adam terdiam seketika setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya. 'tak guna punya orang tua.takpe,kau tunggu lah nanti..kau tunggu!'

keesokan harinya,'orang tua ni jual apa pulak petang-petang ni. pagi dah kuih! tak untung lah tu jual kuih sebab mahal. aku rasa macam nak tunjuk fuck je kat pakcik ni..haha' Adam melihat pakcik yang menjual kuih di gerai tepi jalan sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.'lantak kau lah pakcik,yang penting aku dah beli phone baru!' Adam tersenyum lebar seorang diri dan meneruskan perjalanannya pulang ke rumah.

 "Gila awesome samsung ni! tak sia-sia aku beli. screen pon besar! betul cakap cina tu,orang tak pakai dah bb sekarang,orang ramai pakai android phone. bb tu dah babi! Haha." Adam ketawa seorang diri sambil membaca buku panduan telefon barunya. Tiba-tiba,pintu biliknya diketuk. "Adam! bukak pintu ni cepat! mama nak jumpa! buka adam!" Adam terus membuka pintu.
 "Baik kau cakap dengan mama,kau curi duit mama kan? jawab adam!!" Ibunya meninggikan suara dan dia ternampak telefon bimbit baru Adam di atas katil. "Ha! Kau curi duit mama,kau beli phone baru tu kan?!","Come on lah mama..mama datang bilik adam pastu nak tuduh-tuduh plak." Adam menjawab dengan nada yang rendah. "Kau ingat aku tak tahu ke? kau mintak duit kat mama nak beli phone tapi tak dapat,pastu kau curi duit mama dalam laci bilik kan?! Jawab Adam!!" Adam hanya memandang wajah ibunya yang sedang marah tanpa. "Kalau kau taknak mengaku jugak,kau ambik phone kau tu, kau gi keluar dari rumah ni!" Dia menarik baju yang dipakai Adam untuk menghalau dia keluar dari rumah."Ok! fine! memang adam yang curi! puas hati mama?!" Adam menjawab. "Sampai hati kau curi duit mama kan? mama tak ajar pon kau buat macam tu.","Sudah lah mama,mama tak payah nak drama sangat lah. jangan nak tunjuk baik sangat lah!" Adam meninggikan suaranya. "Dari dulu sampai sekarang,mama nak cari kesalahan adam je kan? semua adam buat semua tak betul!" Ibunya mencelah "Dahtu,mencuri tu betul sangat lah?! kau keluar dari rumah ni sekarang! mama taknak tengok muka kau lagi!","Ok! kalau tu lah yang mama nak,adam boleh keluar sekarang! adam pon tak teringin dah nak duduk dalam neraka ni!" 
Ibunya yang dari tadi hanya berdiri di depan pintu terus masuk ke dalam bilik adam. Dia mengambil baju adam di dalam almari dan campak ke muka adam."Sekarang kau keluar dari rumah ni!" Adam terus mengambil kunci kereta dan telefon bimbitnya di atas katil. "ok,adam keluar sekarang! yela,mama je pari-pari. adam ni syaitan kan?!" Dia terus keluar dari bilik dan meninggalkan ibunya seorang diri.

No comments:

Post a Comment