Dengan pantas Adam menghidupkan enjin keretanya dan memecut. Meter keretanya sudah mencecah 140 km. Dengan kuatnya dia menjerit "Arghhh aku nak tinggal mana lepas ni! Bodoh lah. Kenapa semua kacau macam ni. Kusut betul! Aku tahu lah papa dah kasi rumah tu dekat mama but she can't throw me like this! Suka suka hati dia je nak halau aku dari rumah tu. Bukan banyak pun aku curi duit dia tu berbanding dengan harta yang papa dah kasi dekat dia." Adam buntu memikirkan di mana dia mahu tidur kerana ibunya sudah mengusirnya dari rumah tersebut. Tiba-tiba Adam teringat Daniel, dia terus mengeluarkan Android nya dan mencari nombor Daniel. Mungkin dia boleh menginap di rumah Daniel sementara krisis antara ibunya masih belum baik. Berkali kali Adam cuba menghubungi Daniel tetapi masih tidak dapat. "Bila aku perlukan kau, masa ni lah kau tade. Bila kau cari aku bukan main lagi sampai lubang cacing. Siap kau esok!". Adam begitu bengang dengan Daniel. Dia juga cuba menghubungi rakan yang lain namun keadaan tetap sama. Tiada satu pun rakannya yang menjawab panggilan Adam. Dia buntu dan tidak tahu kemana untuk di tuju. Tiba di satu simpang, Adam ternampak hotel budget. Terlintas di fikirannya "Mungkin aku boleh stay dekat hotel ni satu malam. Lantaklah hotel budget pun jadilah. Esok tidurlah rumah Daniel." Adam menuju ke hotel tersebut dan menginap untuk satu malam. Dia sudah tiada idea untuk tinggal di mana selain hotel tersebut.
Matahari yang tembus ke dalam bilik Adam membuatkan Adam terjaga dari tidur. "Ohmygod, pukul berapa dah ni! Minta mintalah aku tak terlewat kelas pagi ni." Dengan pantas Adam bersiap dan mengemaskan barang barangnya. Selepas dia check out, dia memecut laju ke kolej. Sampainya Adam ke kolej, dia ternampak Daniel dan terus menghala ke Daniel. Adam menepuk bahu Daniel "Aku rasa baik kau campak je handphone kau tu dekat longkang tak pun bagi anjing makan. Asal kau tak angkat call aku semalam bodoh?" Adam meninggikan suara. Daniel cuba menenangkan Adam "Sorrylah Adam, aku silent handphone aku semalam. So, aku tak dengar lah kau call. Kenapa kau call aku? Ada pape ke?". Adam menceritakan kejadian semalam dan dia mahu menginap di rumah Daniel buat sementara waktu. Daniel terus menjawab "Wow, kau gaduh dengan mama kau? Haha. Aku on je. Boleh je kalau kau nak stay rumah aku." Adam terus tersenyum lebar apabila mendengar jawapan dari Daniel. Mereka berdua terus menuju ke kelas.
Selesainya kelas mereka, Daniel terus mengajak Adam untuk lepak bersama rakan-rakannya yang lain. Mereka lepak dan jamming sampai ke malam. Jam menujukkan pukul 12 malam. Adam tergerak hati untuk pulang ke rumahnya sebentar untuk mengambil barang barangnya. "Weh aku balik rumah aku sekejap, then lepas aku ambil barang aku, terus aku gerak rumah kau." Adam memberitahu Daniel dan dia terus gerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan dia memikir 'agak agak apa lah orang tua tu buat dekat rumah sekarang? Minta minta lah dia dah tidur. Senang sikit aku nak masuk rumah tu'. Adam terus memecut. Sesampainya dia di rumah, dengan perlahan dia membuka pintu supaya ibunya tidak mendengar.
Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki duduk di sofa sambil menonton televisyen. Adam terkejut dan terus menyergah lelaki itu "Woi kau buat apa dekat rumah aku ni haa? Kau keluar sekarang. Siapa yang suruh kau masuk?" Adam meninggikan suaranya dan cuba untuk memukul lelaki tersebut. Ibunya dengan pantas menghalang Adam dan menengking. "Kau ni dah kenapa nak naik tangan pulak? Kenapa kau balik rumah ni? Siapa suruh kau balik rumah ni haa. Aku dah halau kau kan!". Adam terkedu dan tidak menyangka ibunya sanggup membela lelaki tersebut dan membawa masuk ke dalam rumah arwah peninggalan bapanya. Dia menengking semula ibunya "Sanggup mama bawa lelaki ni masuk rumah papa? Perempuan jenis apa mama ni? Papa pergi baru setahun tapi mama dah cari pengganti then now you take him to our house. Now, I hate you. Really hate you! Kau tak layak jadi mama aku kalau perangai kau macam ni". Semakin tinggi suara Adam. Ibunya terus menyahut "This is not our house. This is my house. You can get out now!". Adam terus naik ke atas dan mengambil barang barangnya yang tertinggal tanpa menghiraukan ibunya dan lelaki tersebut. Selepas itu, dia turun dan berkata "Kau akan menyesal one day! Hidup kau takkan aman dengan lelaki ni dan papa takkan maafkan kau". Adam terus meninggalkan ibunya dan lelaki tersebut.
episod 2
"And now we're living their dreams, we are their legacy.In time we'll learn that we'll risk no hurt to this world.And now we're living their dreams.Even if it takes great pain to endure.." sambil mendengar lagu 'Ballad For Layla', Adam termenung jauh mengenangkan blackberry nya yang hilang. 'aku salah letak ke? aku rasa ada dalam beg tadi. nak beli phone baru takde duit pulak.aku tahu nak buat camne..mama kan ada!' Tanpa membuang masa,dia keluar dari bilik dan mencari ibunya. Adam tersenyum apabila melihat ibunya sedang menonton televisyen di ruang tamu.Dia terus mendekati ibunya. "Mama.." Ibunya terkejut melihat Adam yang menegurnya dari belakang.Ibunya hanya diam kerana kecewa dengan sikap Adam malam semalam. "Mama,bb adam hilang kat kolej tadi..adam nak beli phone baru lah mama.." Ibunya terus menoleh ke belakang dengan muka yang marah. "Senang je hidup kau kan,makan pakai kau semua mama tanggung lagi! kau ni bukan nya kecik lagi..dah besar panjang kan. cubalah simpan duit tu." "Masalahnya bb Adam hilang kot,bukannya Adam mintak duit nak enjoy ke apa. zaman sekarang ni kalau takde phone susah tau tak mama!" Adam meninggikan suaranya. "Bulan lepas baru je beli bb tu! kau ni pandai jaga harta ke tak? esok lusa apa lagi nak hilang? kereta? baik hilang nyawa tu je terus! senang hidup aku.." Ibunya bangun dari sofa dengan perasaan yang marah dan terus menuju ke biliknya. Adam terdiam seketika setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya. 'tak guna punya orang tua.takpe,kau tunggu lah nanti..kau tunggu!'
keesokan harinya,'orang tua ni jual apa pulak petang-petang ni. pagi dah kuih! tak untung lah tu jual kuih sebab mahal. aku rasa macam nak tunjuk fuck je kat pakcik ni..haha' Adam melihat pakcik yang menjual kuih di gerai tepi jalan sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.'lantak kau lah pakcik,yang penting aku dah beli phone baru!' Adam tersenyum lebar seorang diri dan meneruskan perjalanannya pulang ke rumah.
"Gila awesome samsung ni! tak sia-sia aku beli. screen pon besar! betul cakap cina tu,orang tak pakai dah bb sekarang,orang ramai pakai android phone. bb tu dah babi! Haha." Adam ketawa seorang diri sambil membaca buku panduan telefon barunya. Tiba-tiba,pintu biliknya diketuk. "Adam! bukak pintu ni cepat! mama nak jumpa! buka adam!" Adam terus membuka pintu.
"Baik kau cakap dengan mama,kau curi duit mama kan? jawab adam!!" Ibunya meninggikan suara dan dia ternampak telefon bimbit baru Adam di atas katil. "Ha! Kau curi duit mama,kau beli phone baru tu kan?!","Come on lah mama..mama datang bilik adam pastu nak tuduh-tuduh plak." Adam menjawab dengan nada yang rendah. "Kau ingat aku tak tahu ke? kau mintak duit kat mama nak beli phone tapi tak dapat,pastu kau curi duit mama dalam laci bilik kan?! Jawab Adam!!" Adam hanya memandang wajah ibunya yang sedang marah tanpa. "Kalau kau taknak mengaku jugak,kau ambik phone kau tu, kau gi keluar dari rumah ni!" Dia menarik baju yang dipakai Adam untuk menghalau dia keluar dari rumah."Ok! fine! memang adam yang curi! puas hati mama?!" Adam menjawab. "Sampai hati kau curi duit mama kan? mama tak ajar pon kau buat macam tu.","Sudah lah mama,mama tak payah nak drama sangat lah. jangan nak tunjuk baik sangat lah!" Adam meninggikan suaranya. "Dari dulu sampai sekarang,mama nak cari kesalahan adam je kan? semua adam buat semua tak betul!" Ibunya mencelah "Dahtu,mencuri tu betul sangat lah?! kau keluar dari rumah ni sekarang! mama taknak tengok muka kau lagi!","Ok! kalau tu lah yang mama nak,adam boleh keluar sekarang! adam pon tak teringin dah nak duduk dalam neraka ni!"
Ibunya yang dari tadi hanya berdiri di depan pintu terus masuk ke dalam bilik adam. Dia mengambil baju adam di dalam almari dan campak ke muka adam."Sekarang kau keluar dari rumah ni!" Adam terus mengambil kunci kereta dan telefon bimbitnya di atas katil. "ok,adam keluar sekarang! yela,mama je pari-pari. adam ni syaitan kan?!" Dia terus keluar dari bilik dan meninggalkan ibunya seorang diri.
episod 1
"Stop looking back,let's make some haste,cause I ain't stopping here
right now! What are we doing now? Is this the right thing to do? Waste no timeeeeeee!!" Adam screamo dengan penuh perasaan dan terbaring di lantai studio.Rakannya terus berhenti bermain alat muzik kerna hairan dengan sikap Adam. "kau ni terbaring kenapa? overdose ke?" "overdose menatang apa,penat bodoh! tapi memang awesome lah kita jam hari ni,dapat jugak aku scream lagu The Padangs ni." Adam terus bangun dari lantai dan mengajak rakannya keluar dari studio."Mana plan adam lepas ni? payung gua heineken boleh? hehe" "Malas lah,aku nak balik rumah.Penat! kau pon tahu kan lepas habis je kelas aku terus datang sini" Adam terus pergi ke keretanya tanpa memikirkan perasaan rakannya.
Sampai saja di rumah,Adam lihat ibunya duduk di ruang tamu sambil merenung tepat ke wajahnya. "orang tua ni tak tidur lagi rupanya" ibunya meninggikan suara "Adam pergi mana? mama tunggu dari pukul 9 tadi lagi! lewat malam baru nak balik?!" "Mama,Adam nak pergi mana pon mama tak payah tahu,adam dah besar ok!"."Pandai menjawab kau yer! ni mesti pergi clubbing,enjoy sana sini,kau tak ingat pahala dosa ke?!".Adam tersenyum sambil menjawab "Mama nak cakap pasal pahala dosa dengan Adam? Come on lah,mama cermin muka mama dulu! iman tak cukup nak cakap pahala dosa." "Kau jangan nak melampau yer Adam,mama tak ajar pon kau macam tu. kalau Arwah papa ada,mesti dia kecewa dengan kau ni." "Sudah la mama,mama tak payah nak cakap pasal arwah papa. macam lah adam pernah jumpa dia, adam lahir je dia dah takde.tapi kalau mama nak tahu,daddy pernah ajar adam buat benda tak senonoh! haha. dia ajar adam pergi club,minum,perempuan sana sini! entah-entah sekarang ni dia kat paris tu tengah sedap dengan perempuan sana. haha,sudahlah mama,adam naik atas dulu." Ibunya terdiam seketika dan membiarkan Adam naik ke biliknya."tak guna punya adam."
Keesokan harinya,adam bersiap untuk ke kolej seperti biasa.keluar saja dari bilik,dia terus ke dapur untuk sarapan.dia hairan kerana ibunya tidak menyediakan sarapan pagi seperti biasa.hanya duit 50 sekeping diletakkan di atas meja"50 je ke? orang tua ni merajuk dengan aku la tu..lantak hang lah!" adam terus keluar dari rumah dan menuju ke kereta nya. dia memandu dengan laju kerana dia sedar yang dia sudah lewat untuk ke kelas."kimaks la,lapar lah pulak!dah lah lambat ni. kena breakfast jugak aku ni,nanti mengantuk plak dalam kelas." adam bercakap seorang diri.sampai saja di simpang keluar ke jalan besar,dia ternampak satu gerai di seberang jalan. "beli jela breakfast kat gerai tu dulu." dia terus menuju ke gerai itu untuk mengisi perut. "pakcik,kuih ni brape?" "3 singgit dik." "mak aih! mahal gila babi. pakcik ni nak untung lebih je,kuih dah la kecik nak mampus!" dia terus masuk ke dalam kereta dengan perasaan marah. "babi betul pakcik tu,ingat aku bodoh kemaruk sangat nak makan kuih dia." tanpa berlengah,dia terus menuju ke kolej.
Selepas habis kelas,dia mengajak rakan sekelasnya,daniel pergi ke cafe untuk makan tengah hari. sampai saja di cafe,mereka terus mengambil nasi dan lauk yang di hidang di atas meja.sedang asyik makan,daniel menegur adam."adam,kau tengok awek tu. body ketuk sial. dapat tu memang sedap..kau gi lah try usha." adam terus mencari perempuan yang di maksudkan daniel. "oh,perempuan tu.nantilah,aku nak makan ni,lapar gila ni."daniel mencelah,"kalau kau dapat dia,jangan lupa aku ok! dapat satu malam pon jadi lah." adam terus gelak mendengar kata-kata daniel itu. selepas makan,adam mencari blackberry nya di dalam beg. dia hairan kerana handphone nya tiada di dalam beg. "eh! mana bb aku doe!" "kau letak mana? dalam beg tu takde ke?" "takde! puas dah aku cari ni.." sambil tangannya teraba-raba di dalam beg."ala,hilang lah tu..tercicir ke. rileks lah adam,stakat bb tu kau boleh beli lain kot." "masalahnya nombor dalam sim tu. aduhh,hilang dah ni!" adam termenung seketika. dia terus bangun dari tempat duduk." kau nak pergi mana adam?" "aku nak balik rumah la,cari kat rumah,mana tahu tertinggal ke." adam terus pergi meninggalkan daniel seorang diri. daniel hanya mampu tersenyum melihat telatah adam. "dapat dah bb sebijik. bodoh jugak kau ni adam."
Subscribe to:
Posts (Atom)